Blogged

Hi~ I found an interesting BM passage which is all about blog.

  Hari ini minat terhadap penulisan menjadi ledakan dalam dunia teknologi maklumat, terutama laman blog yang menjurus kepada isu politik berbanding dengan penulisan blog dalam pelbagai cabang dan isu lain. Perkembangan teknologi Internet dan dasar keterbukaannya secara tidak langsung telah memperluas dan memperkembang fungsi blog.


  Menulis blog atau memblog setiap hari akan menjadikan remaja lebih yakin pada diri melalui pandangan yang diutarakannya. Walau bagaimanapun dalam menyuarakan pendapat atau pandangan tentang sesuatu isu kita tidak boleh menyalahi undang-undang seperti menyebar fitnah  dan menghasut. Apabila sering melahirkan buah fikiran di dalam blog, mereka bukan sahaja mampu manjanakan pemikiran secara terbuka dan kritis, melalui perkongsian pandangan dan perdebatan secara terbuka dalam sesuatu isu, tetapi juga menjadi terapi yang sihat kepada minda. Oleh itu, laman blog menjadi medium paling berkesan untuk berkongsi apa-apa juga pendapat dan pandangan, sekali gus menjadikan seseorang pengendali laman blog lebih peka dan terbuka baik dari segi pemikiran mahupun pandangannya.


  Dalam meneliti kebanyakan laman blog yang ada pada hari ini, penyertaan remaja amat kurang. Sebahagian besar remaja lebih tertarik kepada laman yang dipanggil sebagai laman sembang seperti Friendster,Facebook dan Twitter. Laman ini menjadi tempat untuk menambahkan kenalan bagi membolehkan mereka berkongsi minat tentang isu atau hal berkaitan dengan dunia mereka sendiri. Golongan remaja yang masih dalam proses menuju kematangan wajar menggunakan kebaikan blog ini sebagai tempat untuk mempopularkan diri sama ada dalam kalangan pemblog ataupun dalam kalangan rakan mereka di sekolah. Hal ini demikian kerana menjadi popular melalui blog merupakan strategi yang positif.


  Remaja hari ini perlu memanfaatkan perkembangan blog untuk membentuk pemikiran yang lebih positif. Contohnya, mereka boleh membina satu blog yang khusus untuk bertukar-tukar nota pelajaran. Dengan cara ini, mereka dapat berkongsi ilmu dan menambahkan pengetahuan yang ada. Di samping itu, jika pandai memanfaatkan perkembangan teknologi hari ini, laman blog juga dapat dijadikan ruang untuk mendapatkan duit dengan cara mudah. Hal ini demikian kerana perkembangan sistem pemasaran di alam siber telah membolehkan sesiapa sahaja untuk mengiklankan produk masing-masing dalam dunia pengiklanan Internet.Blog dan memblog ialah fenomena baharu dan menarik.




In conclusion, I should blog!
And I feel proud that I am blogger now.=D


Share:

0 comments